Thursday, January 26, 2017

TANDA-TANDA RESDUNG



Resdung atau nama sainstifiknya sinus memang sinonim dengan orang melayu kita. Resdung juga adalah singkatan bagi masalah resah hidung. ADAKAH anda sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh sebulan?

Jika keadaan begini berterusan, anda dinasihatkan berjumpa doktor bagi memastikan sama ada korang mengalami masalah resdung (sinus).

Jangkitan bakteria ke atas rongga hidung pada sekelilingnya adalah salah satu punca resdung , juga di panggil sinus. Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil.

Sinus terbahagi kepada empat bahagian iaitu: sinus frontal, sinus etmoid, sinus maksila, dan sinus sfenoid. Sinus terletak pada bahagian muka seperti di antara dua mata, pipi di bawah mata, hanya sedikit di belakang hidung turut serta meliputi di bahagian dahi seseorang.

Resdung juga berpunca akibat kegagalan rerambut halus silia dalam sinus untuk menyempurnakan fungsinya dalam membantu pengaliran mukus.

Jangan tak percaya aktiviti berenang ataupun menyelam juga merupakan antara faktor mengakibatkan risiko resdung selain dari asap rokok juga telah dikenal pasti sebagai punca radang hidung.

Biasanya hidung tersumbat, kerap bersin, selesema serta mata berair dan gatal adalah tanda-tanda awal resdung. Itupun dalam keadaan macam ni tidak ramai yang berani pergi mendapatkan rawatan resdung serta nasihat doktor kerana alasan penyakit yang korang hidapi tak teruk sangat..

Alahan terjadi apabila perubahan cuaca, telinga tengah dan tekak membengkak akibat menghidu debunga, hama serta habuk. Perkara itu berlaku kerana hidung mula bertindakbalas lalu mengakibatkan simptom seperti bersin, selesema, gatal mata serta hidung berlarutan.

Sekiranya ia dibiarkan berlarutan rongga sinus akan tersumbat. Sepatutnya rongga sinus berfungsi untuk pengudaraan tetapi telah terhalang. Akibatnya bakteria akan terperangkap, sinusitus berlaku serta nanah terkumpul.


Pesakit juga terdedah kepada jangkitan telinga tengah atau kegagalan Tiub Euschasian. Ketika itu pesakit akan merasa kurang selesa di muka, bendalir hijau meleleh dari hidung sekiranya lambat dirawat akan menyebabkan jangkitan kuman di otak. Terdapat juga pesakit menghidap asma akibat resdung yang berterusan kerana hidung bersambung dengan paru-paru.

Lazimnya, penghidap resdung akan berhadapan keadaan seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, demam, letih serta berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala bagi yang sudah kronik pula, resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak. Lebih menakutkan, sekiranya resdung dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia sebenarnya boleh mengundang maut akibat komplikasi pada otak.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop. Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat pada sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat rawatan resdung. Cara terbaik untuk mencegah resdung ialah segera dapatkan rawatan sebelum ianya melarat.

Tanda-tanda dan simptom resdung:

* Hidung tersumbat

* Lendir daripada hidung serta tekak

* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

* Gejala alahan seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, manik dan kertas

* Tisu belakang hidung bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

* Jangkitan nanah pada sekeliling kawasan mata

* Jangkitan otak (meningitis)

* Sakit tekak yang kronik

* Jangkitan tulang muka

* Memburukkan keadaan lelah

Maka, saya berikhtiar bersama produk Qaseh Gold Adinda dan Sole untuk mengurangkan resah hidung, Ternyata serasi dengan saya.. Anda nak cuba? Meh pm saya laju-laju k...
atau whatsap je saya di talian 017-3277656




SUSUNAN AYAT SONGSANG

Tatabahasa 1: AYAT SONGSANG AYAT BIASA


AYAT SONGSANG AYAT BIASA

Mengenal ayat songsang atau ayat biasa

A. Ayat Biasa
- subjek mendahului predikat

contoh:

SUBJEK
                   PREDIKAT
Encik Ahmad
ke kedai petang tadi.

Ayat Songsang
- Keseluruhan predikat atau sebahagian predikat (keterangan predikat) mendahului subjek

contoh :
1.   Keseluruhan predikat mendahului subjek

PREDIKAT
                   SUBJEK
Ke kedai petang tadi
encik Ahmad.

   
2.  Sebahagian predikat mendahului subjek

KETERANGAN
SUBJEK
                   PREDIKAT
Petang tadi
encik Ahmad
ke kedai.

3. atau

KETERANGAN
PREDIKAT
                   SUBJEK
Petang tadi
ke kedai
encik Ahmad.

Hanya bahagian keterangan predikat yang dikedepankan.

B Ayat tanya Susunan Songsang
Predikat dalam ayat  tanya biasa dapat dikedepankan untuk memberi tekanan yang berlainan.  Bahagian predikat ayat yang dikedepankan itu boleh menerima partikel  -kah.

Ayat Tanya susunan biasa

SUBJEK
                   PREDIKAT
Lelaki yang berkopiah itu
Adik awak?
Nama kamu
Siapa?
Yang diperhatikan oleh Abu
Apa?



Ayat tanya susunan songsang

                   PREDIKAT
SUBJEK
Adik awakkah
lelaki yang berkopiah itu?
Siapakah
nama kamu?
Apakah
yang diperhatikan oleh Abu?


C. Ayat Majmuk Susunan Songsang
    Bahagian-bahagian daripada ayat majmuk boleh mengalami proses pendepanan.

    Ayat majmuk susunan biasa
i.                    Abu ke pasar atau ke kedai.
ii.                  Pak Abu  yang membantu saya itu kemalangan.
iii.                Saya pasti  bahawa dia tidak bersalah.
iv.                 Untuk menghidupkan enjin itu memang sukar.

   Ayat majmuk susunan songsang
i.                    Ke pasar atau ke kedai Abu
ii.                  Kemalangan Pak Abu  yang membantu saya itu.
iii.                Bahawa dia tidak bersalah saya pasti.

iv.                 Memang sukar untuk menghidupkan enjin itu..

NOTA DAN LATIHAN AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat  tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.
1 subjek
1 predikat
Saya
sakit
Rumah Ali
cantik
Ahmad
tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.
Ayat majmuk
Kata hubung
Ayat tunggal
Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.
dan
(a)      Suhaili  suka makan nasi lemak.
(b)      Suhaili suka makan mi sup.
Rumah yang besar itu rumah Fazli.
Yang
(a)      Rumah itu besar.
(b)      Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
bahawa
(a)      Dia memberitahu.
(b)      Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.
Apabila
(a)      Dia akan balik ke kampung.
(b)      Dia ada masa lapang.

Latihan :
(A)        Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.
1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________
2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________
3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________
4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu.  _____________
5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________
6.Kucing itu mengiau kerana lapar.    ______________
7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________
8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________
9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________
10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B)         Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.
1.     Ayah membaca surat khabar.
Ayah menonton televisyen.                                   sambil
________________________________________
2.    Hanita tinggal di Taman Aman.
Suresh tinggal di Taman Aman                             dan
_________________________________________
3.    Amran melayari internet.
Amran mencari maklumat terbaru.                       untuk
_________________________________________
4.    Kasut itu berwarna biru.
Kasut itu sangat mahal.                                       yang
_________________________________________
5.    Kami terkejut.
Kami terdengar bunyi letupan.                            apabila
_________________________________________
6.    Halim kaya.
Halim kedekut.                                                  tetapi
_________________________________________
7.  Murid itu mengetuk pintu.
Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.                  sebelum
__________________________________________
8.  Ibu memarahi adik.
Adik bermain di tepi longkang.                              kerana
__________________________________________
9.  Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.
Asward tidak sihat.                                             walaupun

__________________________________________

NOTA DAN LATIHAN SUBJEK DAN PREDIKAT

Di sini saya lampirkan nota dan latihan untuk rujukan guru dan pelajar saya.
Semoga memberi manfaat kepada semua.

SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT

Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Contoh ayat;
 a.            Petani itu membajak sawahnya setiap hari.
Subjek             : Petani itu
Predikat           : membajak sawahnya setiap hari
 b.            Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
Subjek             : Samsul
Predikat           : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
 c.            Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.
Subjek             : Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat           : menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.
 d.            Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok.
Subjek             : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul
Predikat           : terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok

Pembahagian atau pemenggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh dilakukan tanpa peraturan. Dalam ayat (a) di atas, unsur itu membajak, misalnya tidak boleh digabungkan untuk menjadi binaan sebab bentuk itu dan membajak termasuk ke dalam kelompok unsur berasingan. Oleh itu, ayat (a) tidak mungkin boleh dipenggal dengan memisahkan petani sahaja sebagai frasa subjek, dan itu membajak sawahnya setiap hari sebagai frasa predikat.

(Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka)