Tatabahasa 1: AYAT SONGSANG AYAT BIASA
AYAT
SONGSANG AYAT BIASA
Mengenal
ayat songsang atau ayat biasa
A. Ayat Biasa
- subjek
mendahului predikat
contoh:
SUBJEK
|
PREDIKAT
|
Encik Ahmad
|
ke kedai petang tadi.
|
Ayat
Songsang
-
Keseluruhan predikat atau sebahagian predikat (keterangan predikat) mendahului
subjek
contoh :
1.
Keseluruhan predikat mendahului subjek
PREDIKAT
|
SUBJEK
|
Ke kedai petang tadi
|
encik Ahmad.
|
2.
Sebahagian predikat mendahului subjek
KETERANGAN
|
SUBJEK
|
PREDIKAT
|
Petang tadi
|
encik Ahmad
|
ke kedai.
|
3. atau
KETERANGAN
|
PREDIKAT
|
SUBJEK
|
Petang tadi
|
ke kedai
|
encik Ahmad.
|
Hanya
bahagian keterangan predikat yang dikedepankan.
B Ayat
tanya Susunan Songsang
Predikat
dalam ayat tanya biasa dapat dikedepankan untuk memberi tekanan yang
berlainan. Bahagian predikat ayat yang dikedepankan itu boleh menerima partikel -kah.
Ayat Tanya
susunan biasa
SUBJEK
|
PREDIKAT
|
Lelaki yang berkopiah itu
|
Adik awak?
|
Nama kamu
|
Siapa?
|
Yang diperhatikan oleh Abu
|
Apa?
|
Ayat tanya
susunan songsang
PREDIKAT
|
SUBJEK
|
Adik awakkah
|
lelaki yang berkopiah itu?
|
Siapakah
|
nama kamu?
|
Apakah
|
yang diperhatikan oleh Abu?
|
C. Ayat
Majmuk Susunan Songsang
Bahagian-bahagian daripada ayat majmuk boleh mengalami proses pendepanan.
Ayat majmuk susunan biasa
i. Abu ke pasar atau ke kedai.
ii. Pak Abu yang membantu saya itu kemalangan.
iii. Saya pasti bahawa dia tidak bersalah.
iv. Untuk menghidupkan enjin itu memang sukar.
Ayat majmuk susunan songsang
i. Ke pasar atau ke kedai Abu
ii. Kemalangan Pak Abu yang membantu saya itu.
iii. Bahawa dia tidak bersalah saya pasti.
iv. Memang sukar untuk menghidupkan enjin itu..
No comments:
Post a Comment