Semoga memberi manfaat kepada semua.
SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT
Subjek merupakan konstituen dalam
sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang
berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
Predikat merupakan kumpulan perkataan
yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
Contoh ayat;
a.
Petani itu membajak sawahnya setiap hari.
Subjek
: Petani itu
Predikat
: membajak sawahnya setiap hari
b.
Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
Subjek
: Samsul
Predikat
: menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
c.
Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah
Kebangsaan Langgar.
Subjek
: Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat
: menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.
d.
Rumah kediaman yang
baharu dibeli oleh Badrul terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok.
Subjek
: Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul
Predikat
: terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok
Pembahagian atau
pemenggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh
dilakukan tanpa peraturan. Dalam ayat (a) di atas, unsur itu membajak,
misalnya tidak boleh digabungkan untuk menjadi binaan sebab bentuk itu dan membajak termasuk ke dalam
kelompok unsur berasingan. Oleh itu, ayat (a) tidak mungkin boleh dipenggal
dengan memisahkan petani sahaja sebagai
frasa subjek, dan itu
membajak sawahnya setiap hari sebagai
frasa predikat.
No comments:
Post a Comment