PROSA TRADISIONAL = KEPIMPINAN MELALUI
TELADAN
Prosa Tradisional
(Kepimpinan Melalui Teladan)
SINOPSIS
Kisah bermula apabila Seri Betara
Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah
kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh
laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk
mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala
Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas
kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.
Patih Gajah membawa Kertala
Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan
penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha
seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke
Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan
jawatan penggawa agung kepadanya.
Ketika berada di Melaka Kertala Sari
menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri
harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri
mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan
agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri
Melaka dari kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga
melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu
kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan
tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana
mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.
Dengan kebijaksanaan dan kecekapan
serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala
Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil
isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah
pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana
membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh
penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa
merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan
bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya
membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana
atas kejayaan membunuh Kertala Sari
Segala hasil curian yang telah
disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah
mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda
sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua
pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana
hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut
kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang
bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita
kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan
Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari
orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.
TEMA
Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.
Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman
penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura
hara.
PERSOALAN
Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.
WATAK DAN PERWATAKAN
Laksamana
Seorang yang berani
Seorang yang pemurah
Seorang yang bijaksana
Cinta akan keamanan negara
Taat setia kepada pemerintah
Pandai dalam ilmu kesaktian
Memiliki sifat kepahlawanan
Kertala Sari
Anak kepada Petala Bumi
Berasal dari Majapahit
Seorang pencuri yang handal
Seorang yang tamak dan angkuh
Seorang pendendam
Pandai dalam ilmu kesaktian
Suka membuat huru hara
Taat kepada pemerintah
Sultan Melaka
Seorang yang prihatin
Seorang pemimpin yang adil
Seorang yang mengenang budi
Patih Gajah Mada
Berasal dari Majapahit
Seorang pendendam
LATAR
Latar Masyarakat
Masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem
pemerintahan beraja .
Masyarakat yang bertanggungjawab
Contoh : Laksamana menawarkan diri
untuk menangkap penjurit yang menyebabkan
masalah kecurian di negeri Melaka.
3. Masyarakat yang mengenang budi
Contoh : Saudagar
dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh
Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan
ikhlas serta harta mereka ditemui.
4.Masyarakat yang taat pada pemerintah
Contoh : Ketaatan
Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.
Latar Tempat
Negeri Melaka
Contoh: Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan
orang-orang kaya di Melaka
Majapahit
Contoh: Patih Gajah Mada dan Seri Bentara
merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh bersaudara
di Bukit Cina.
Di tengah pasar
Contoh : Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh
Laksamana.
Latar Masa
Malam
Contoh: Kertala Sari masuk mencuri ke
rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah malam.
Siang
Contoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki
pencuri dan habis segala harta-hartanya.
GAYA BAHASA
Bahasa istana
Contoh: sultan, patik, tuanku,
Bahasa pinjaman bahasa Jawa
Contoh:
manira,kula,pakanira
Kata ganda
Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa,
menampar-nampar,tikam-menikam,radak-meradak
NILAI
Nilai keberanian
Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan
membunuh Kertala Sari.
Nilai tolong-menolong
Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri
Melaka.
Nilai kebijaksanaan
Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk
mengalahkan Kertala Sari degan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada
waktu malam.
Nilai pemurah
Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta
yang dihadiahkan oleh saudagar dan
orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang
bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun harta itu.
PENGAJARAN
Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.
Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan
datang.
Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.
Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati
tuhan
No comments:
Post a Comment